Thursday, December 22, 2016

Teater Dia Semanis Honey Muzikal di Istana Budaya


Teater Dia Semanis Honey Muzikal bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 Januari depan, pementasan itu bakal dijayakan pelakon utamanya iaitu Alif Satar dan Siti Nordiana.

Video Dia Semanis Honey Muzikal - TMO

Selepas kejayaan drama Dia Semanis Honey yang mendapat sambutan penonton, impian untuk membawanya ke pentas akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini.

Maklumat tiket berharga RM40 hingga RM180 sila layari www.airasiaredtix.com.

Bertemu Alif baru-baru ini, dia mengakui bukan mudah untuk merealisasikan watak Ahnaf Wafiy yang dibawanya dalam drama terbabit ke pentas bertaraf antarabangsa itu.

Alif Satar

Katanya, walaupun terpaksa menjalani latihan selama 10 jam sehari, dia tetap komited dan menggalas amanah itu untuk memastikan segala yang dirancang berjalan lancar.

�Selepas bersetuju membabitkan diri dalam teater ini, saya tidak menerima tawaran lain kerana terikat dengan sesi latihan yang padat.

�Saya tidak mahu tamak mengejar tawaran kerana percaya rezeki ada di mana-mana. Lagipun saya sudah berjanji dengan penerbit, Michael Ang untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap teater ini.

�Tambahan pula, beraksi di pentas Istana Budaya adalah pengalaman pertama saya. Jadi saya tidak mahu merosakkan kelancaran teater ini kerana tanggungjawab kali ini lebih besar,� katanya.

Menurut Alif, dia berterima kasih kepada barisan pelakon lain yang sudah biasa terbabit dalam pementasan teater selain tunjuk ajar yang diberikan pengarah, Dira Abu Zahar membuatkan dia semakin yakin ketika sesi latihan.

�Pementasan ini memang menguji ketahanan fizikal dan mental kerana terlalu banyak pergerakan yang perlu saya lakukan secara serentak.

�Bukan sekadar menghafal dialog dan lirik lagu, tetapi juga perlu mengingati setiap pergerakan tarian yang sememangnya sesuatu yang baru untuk saya. Semua itu membuatkan saya sedikit kekok tetapi usaha keras dan bantuan produksi membuatkan saya cuba memberikan sehabis baik,� katanya yang memulakan latihan sejak akhir November lalu.

Alif berkata, mereka akan menyanyikan hampir 20 lagu baru dan lama.

Selain Alif dan Nana, teater muzikal itu turut dibintangi pelakon asal dan dibantu pelakon lain.

Senarai pelakon dalam teater Dia Semanis Honey Muzikal.
  • Nadya Syahera
  • Datin Nina Juren
  • Ahmad Fauzi
  • Aleza Shadan
  • Dafi
  • Farez Ridzwan
  • Ungku Hariz
  • Marsha Milan

Penerbit teater ini, Michael Ang teruja apabila tiket untuk tiga malam persembahan sudah habis dijual selain impian mahu melihat paduan suara dua penyanyi itu dalam satu pentas buat julung kali akhirnya dapat direalisasikan.

�Banyak suntikan dan elemen baru akan dipersembahkan barisan pelakon. Selain itu, teater berkenaan juga akan menjadi penutup kepada drama terbabit selepas mendapat sambutan daripada penonton setianya.

�Untuk pementasan ini yang bakal berlangsung selama dua jam setengah, saya mengangkat novel Dia Semanis Honey dan bukan daripada drama bersiri.

�Ia akan berkisar kepada kisah cinta Ahnaf dan Hani dan watak jahat Bella laknan Nadya Syahera.

�Kalau ikut drama bersiri, banyak babak ditokok tambah tetapi untuk teater ini penceritaannya secara terus yang mengangkat pengisian novel,� katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Teater Dia Semanis Honey Muzikal di Istana Budaya

0 comments:

Post a Comment