Friday, December 30, 2016

Drama Sumpah Ibu lakonan Adibah Yunus dan Nafiez Zaidi

Sumpah Ibu TV9

Terbaru di Slot Azalea drama Sumpah Ibu terbitan A.Aida Production Sdn Bhd arahan Rusdi Ramli. Drama ini akan mula bersiaran pada 8 Januari 2017.

Pelakon Sumpah Ibu

  • Adiba Yunus
  • Rashidah Jaafar
  • Nafiez Zaidi
  • Eyka Farhana
  • Faiz Tapaw
  • Ramli Salleh
  • Chomatt Samad
  • Comel Fana
  • Erry Putra

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis

Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan.

Sumpah Ibu 2

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu.

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

Ikuti kisah selanjutnya dalam drama Sumpah Ibu bersiri 20 episod ini, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam bermula 8 Januari 2017 ini.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Sumpah Ibu lakonan Adibah Yunus dan Nafiez Zaidi

1 comments:

  1. Play casino games in NJ, PA, CO and WV for free on DrMCD
    Explore our mobile app for 목포 출장마사지 the best 공주 출장샵 Casino Games, Slots, 수원 출장샵 Blackjack and Video 화성 출장마사지 Poker. 속초 출장마사지 Play your favorite slots, blackjack and more!

    ReplyDelete