Bersiaran 20 episod drama Tak Beli Tak Cinta ini akan mula bersiaran pada 19 Oktober minggu depan di slot Iris TV3. Lakonan Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Shuhaimi, Erry Putra, Aliff Yasraff, Habief Lutfillah dan ramai lagi. Terbitan AIFA Motion Pictures Sdn Bhd dan pengarah Ahmad Idham & Rosli Mohd Taib.
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 |
Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 |
Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 |
Sinopsis drama, Puan Bibi sedang sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia untuk menerima cinta dalam hidupnya.
Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal. Kenakalan Raykal juga memeningkan Puan Bibi apatah lagi apabila Raykal sering meragam kerana mahukan ayah baharu.
Puan Bibi hanya dibantu oleh seorang staf, Liyana (Syainie Aida), anak saudara arwah suaminya yang gemar melaram dan kuat berangan. Liyana mahu menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa seperti idolanya, Yuna.
Tuan CJ (Erry Putra) pula sangat rajin untuk membantu Puan Bibi tetapi sebenarnya dia mencari peluang untuk mendekati dan menggoda Puan Bibi. Malahan, Tuan CJ juga berjanji akan mendapatkan penaja VIP untuk butik Puan Bibi.
Keadaan butik itu berubah selepas seorang pemuda lelaki graduan jurusan kimia yang sangat kacak, Isma (Ariz Lufias) diterima sebagai pekerja. Liyana menyimpan perasaan terhadap Isma tetapi Isma pula minat pada Puan Bibi.
Sudah seminggu butik Puan Bibi dibuka tetapi gagal mendapat sambutan. Puan Bibi tertekan dan terus bercadang mahu menjual sahaja butiknya. Isma menghalang niat Puan Bibi dan memohon izin untuk merangka satu plan publisiti.
Nanti kisah drama Tak Beli Tak Cinta setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.
0 comments:
Post a Comment