Telefilem Bedah Motor (Cik Celah Bedah) yang akan menemui penonton di TV9 pada Isnin ini diarahkan ditukar tajuk dengan alasan ia berbau lucah.
Pengarah drama itu Shuhaimi Lua Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mahu judul drama berkenaan digantikan dengan Bedah Motor.
"Pihak LPF melihat judul asal drama itu sebagai lucah dan mencadangkan tajuknya ditukar. Namun saya tidak mempunyai sebarang isu kerana ia tidak melibatkan kandungan drama tersebut," katanya kepada mStar Online.
Video BMotor
Info Drama
Drama genre komedi terbitan Tanah Beris Film Production itu akan menemui penonoton pukul 8.30 malam yang membariskan pelakon antaranya Niezam Zaidi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Sharifah Shahora dan Rosnah Mat Aris.
Sinopsis
Kata Shuhaimi drama itu berkisar kisah seorang graduan bernama Bedah lakonan Nonny Nadirah yang mencari rezeki dengan melakukan kerja penghantaran makanan.
Ujarnya, dengan menunggang sebuah motosikal, Bedah akan menghantar makanan yang dipesan di merata tempat dan sering 'mencelah' ketika membawa kenderaan itu untuk cepat tiba ke satu-satu lokasi.
"Celah bedah yang saya maksudkan apabila individu ini suka mencelah-celah ketika menunggang motosikal. Itu saja. Tapi mungkin tajuk itu kelihatan kurang manis, sebab itu ia ditukar keapda Bedah Motor," ujarnya.
Tambahnya, telefilem itu sarat dengan pengajaran kerana Bedah akhirnya berjaya membeli 'food truck' hasil usahanya itu.
Menurut Shuhaimi, apa yang hendak diketengahkan dalam drama tersebut ialah kesungguhan seseorang untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan berusaha.
"Drama ini sedikit pun tidak ada unsur-unsur lucah sebaliknya sarat dengan pengajaran. Apa yang penting, pelakon-pelakon yang diketengahkan bukannya pelawak namun mereka berjaya membawa watak dengan baik bagi sebuah genre komedi," katanya. - MStar
0 comments:
Post a Comment