Tuesday, November 8, 2016

Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Hisyam Emma

Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman.

Para Pelakon

  • Hisyam Hamid
  • Emma Maembong
  • Aida Khalida,
  • Wan Sharmila
  • Izara Aisha
  • Eleena Sui
  • Fahad Iman
  • Luqman Hafidz

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis (versi novel)

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun� emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Nantikan drama Sayang Papa Saya Tak? yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2017 di saluran Astro Ria (104) dan HD (123).

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

0 comments:

Post a Comment